PRODUK RND

10  Produk RnD

(Sumber: http://salutensb.blogspot.my/2013/04/10-artikel-inovatif-produk-r-uitm.html)

 

                             

 

 

Produk  :     DARI SISA BUANGAN KEPADA INDUSTRI PERUSAHAAN SENI

 

Menghasilkan kertas kraf dari sisa buangan sagu. Pokok sagu atau nama saintifiknya Metroxylon Sagu Rottboll sejenis pokok serba guna yang biasanya digunakan sebagai bahan makanan, bahan asas untuk pembuatan minuman dan alkohol malah turut dijadikan makanan untuk ternakan. Kertas yang dihasilkan daripada pokok sagu. Mereka mencipta teknologi untuk menghasilkan kertas kraf dari sisa buangan sagu tersebut yang bebas asid, mesra alam dan mudah dilupuskan. Kertas yang terhasil mempunyai kepelbagaian dari segi tekstur. Ini kerana, material yang diperolehi dari pulpa sagu lebih kuat dan lebih kasar dan kebiasaannya berwarna keperangan. Namun begitu ianya boleh dilunturkan bagi menghasilkan kertas berwarna putih  sesuai untuk pembuatan beg kertas kedai runcit, sampul surat dan pelbagai pembungkusan yang sesuai.

 

 

Info lanjut sila Hubungi: Penyelidik dari UiTM Sarawak ( Wan Samiati Andriana Wan Mohamad Daud, Dr Margaret Chan kit Yok, Norazlin Abdullah dan Safrina Muhammad)

 

Alamat:      UiTM, Sarawak

 

Tel:            

 

Emel:          

 

 

 

Produk  :     ‘UJI’ - Menguji Buah Masak

                  

Rakyat  Malaysia gemar kepada makanan manis khususnya kek. Kek menjadi sesuatu yang wajib ada terutama pada majlis sambutan hari lahir, perkahwinan dan majlis keraian yang lain. Namun begitu kek mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi yang merupakan penyumbang utama kepada masalah  obesiti dan kencing manis.

 

Mereka menggunakan kulit kupasan buah untuk dijadikan salah satu bahan dalam pembuatan kek.Kek deli fiber yang sedia dikomersilkan Prof. Madya Dr Noriham Abdullah dan kumpulannya memulakan kajian ke atas kulit kupasan buah apabila melihat kulit buah-buahan yang telah dikupas banyak dibuang dan tidak digunakan khususnya di cafe yang ada menghidangkan buah-buahahan sebagai pencuci mulut. Sehubungan itu, kajian ini dilihat bukan sahaja mampu mengatasi masalah pembuangan sisa kulit kupasan buah-buahan malahan boleh dijadikan sebagai alternatif lain untuk menggantikan bahan pengawet tiruan yang sedia ada di pasaran. Untuk menghasilkan bahan pembuatan kek daripada kulit kupasan buah-buahan tersebut, mereka mengeringkan kulit kupasan tersebut sebelum mengisar untuk menjadikannya dalam bentuk serbuk.

 

Info lanjut sila Hubungi:   Prof. Madya Dr Noriham Abdullah

 

Alamat:   Fakulti Sains Gunaan, UiTM

 

Tel:         

 

Emel:        zulhusin@unimap.edu.my

 

 

 

 

Produk  :     PEMBUNGKUS PLASTIK MESRA ALAM

                                   

Mereka telah menghasilkan bahan penambah pengurai polimer dari sumber semulajadi yang boleh dicampurkan dalam polimer sintetik atau bio-uraian yang biasa digunakan oleh industri polimer sekarang. Bahan penambah pungurai polimer ciptaan mereka ini membantu mempercepatkan proses penguraian plastik sehinggga dua bulan sahaja berbanding bahan plastik biasa yang mengambil masa puluhan tahun untuk mereput atau terurai. Plastik yang dihasilkan menggunakan produk inovasi mereka mampu terurai melalui haba, kelembapan dan cahaya matahari.  Oleh yang demikian, produk ini merupakan alternatif terbaik bagi mengatasi masalah limpahan sampah dari bahan plastik di pusat pelupusan sampah. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengurangkan masalah pencemaran bahan plastik di Malaysia sekaligus mengatasi kesan sampingan yang terhasil dari bahan penambah pengurai polimer yang lain.

 

Info lanjut sila Hubungi: Prof. Madya Dr. Rahmah Mohamed bersama pelajarnya, Amir Fakhrul Islam Abdullah,

 

Alamat:     

                   

 

Tel:    

      

Emel:         

 

                             

 

Produk  :     JUBIN DARI KULIT TELUR

 

Menghasilkan pembuatan jubin lantai daripada bahan buangan tertua di dunia iaitu kulit telur. Idea menghasilkan jubin dari kulit telur tercetus apabila melihat longgokan kulit telur yang dibuang. Beliau yang mengkhusus kepada pengajian polimer menyedari bahawa meskipun kulit telur rapuh dan mudah dipecahkan namun ia sangat kukuh dan kuat apabila bersaiz mikro. Justeru, beliau menggunakan bahan polimer khas yang diadun dengan serbuk kulit telur dan kemudian diproses untuk dijadikan jubin lantai. Proses penghasilan jubin ini sangat mudah dan ringkas.

 

Info lanjut sila Hubungi: Rassimi Abdul Ghani, bekas pelajar peringkat sarjana UiTM

 

Alamat:      UiTM

 

Tel:            -

 

Emel:          -

 

 

 

Produk  :     TEPUNG DARI BENDI

                  

Menghasilkan tepung dari sayur bendi.  Tepung ini dihasilkan menggunakan bendi yang matang dan tua. Mereka menggunakan kaedah pengeringan untuk memudahkan bendi dikisar untuk dijadikan tepung. Tepung tersebut kemudian sesuai digunakan untuk pembuatan snek atau makanan ringan sekaligus mampu menjadi alternatif untuk menghasilkan makanan ringan yang berkhasiat.

 

Info lanjut sila Hubungi:   Noriza Ishak

 

Alamat:   Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, UiTM

 

Tel:          -

 

Emel:        -

 

 

 

Produk  :     ALAT BANTU MENGAJAR UNTUK KANAK-KANAK DISLEKSIA

                                   

Menghasilkan alat bantu pembelajaran interaktif. Produk inovasi tersebut dikenali sebagai Komik Interaktif Mudah Alih Disleksia atau D-mic (Dyslexia Mobile Interactive Comic) dihasilkan untuk membantu kanak-kanak disleksia belajar mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dengan menggunakan pendekatan komik interaktif yang dihasilkan dalam bentuk aplikasi mudah alih yang senang dibawa kemana-mana. Mempunyai pengisian pembelajaran (learning content) yang menggabungkan kaedah visual animasi, teks dan muzik audio untuk menarik minat kanak-kanak disleksia. Oleh kerana produk ini dihasilkan dalam bentuk aplikasi mudah alih, ianya boleh dipasang ke Personal Digital Assistant (PDA) atau Telefon Pintar (Smartphone), Portable Sony Play Station (PSP), dan juga komputer Tablet seperti iPad atau Samsung Galazy Tab serta kompter peribadi (PC). Pengguna hanya perlu membuka fail yang berkenaan dan terus menggunakannya. Justeru, produk ini amat sesuai untuk digunakan oleh sekolah-sekolah yang mempunyai kelas pemulihan khas ataupun ibu bapa yang mempunyai anak penghidap disleksia sebagai alat bantu pembelajaran yang interaktif dan mudah digunakan.

 

 

Info lanjut sila Hubungi: Penyelidik UiTM, Ronaldi Salleh dan Professor Dr Fattawi Mokhtar dari telah bekerjasama dengan Fadilahwati Abdul Rahman

 

Alamat:      Fakulti Pendidikan UiTM, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka

                   

 

Tel:     -

      

Emel:        - 

 

 

 

Produk  :     SNEK DARIPADA BIJI RAMBUTAN

 

Menghasilkan snek berkhasiat daripada biji rambutan. Snek yang dipanggil Rambuseed Florentine menggunakan 40 peratus biji rambutan yang telah dikeringkan sebagai bahan utama. Mohamad Azli Razali yang merupakan pensyarah di Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan menyatakan bahawa Florentine adalah sejenis manisan yang berasal dari Negara Itali. Manisan tersebut terdiri daripada pelbagai jenis kacang seperti badam, walnut dan hazel dan disaluti dengan gula karamel. Beliau yang juga merupakan juara pertandingan realiti memasak “Maggi Mencari Bintang” telah mengadaptasi makanan Itali tersebut mengikut selera tempatan. Proses penyediaan bar tenaga rambuseed. Keunikan produk ini adalah ianya menggunakan bahan terbuang. Ini kerana kebiasaanya biji rambutan tidak dimakan dan akan dibuang begitu sahaja. Justeru, penggunaan biji rambutan untuk snek ini dilihat sebagai salah satu cara untuk mengoptimumkan penggunaan biji rambutan. Selain daripada itu, penggunaan biji rambutan yang telah dikeringkan dapat mengurangkan kos pembuatan snek tersebut. Ini kerana kacang seperti badam,walnut dan hazel adalah mahal memandangkan kacang tersebut diimport dari luar negara. Lebih istimewa, meskipun rambutan merupakan buah-buahan yang bermusim,biji rambutan boleh dikeringkan dan disimpan bagi memenuhi permintaan di luar musim buah rambutan.

 

Info lanjut sila Hubungi: Mohamad Azli Razali

 

Alamat:      Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan

 

Tel:            -

 

Emel:          -

 

                             

 

 

Produk  :     BIOGAS NAJIS AYAM

 

UiTM Kuala Krau telah membutikan bahawa sisa buangan najis ayam boleh diguna pakai untuk membentuk satu sumber tenaga yang dikenali sebagai biogas. Ianya boleh menjadi sumber bahan api dan gas yang boleh digunakan untuk tujuan memasak serta sebagai bahan ganti untuk tenaga elektrik. Kejayaan ini dapat memberi manfaat kepada pengguna khusunya di dalam penggunaan tenaga elektrik dengan menggunakan sumber alam (najis ayam) yang boleh diperbaharui. Dengan penemuan ini ianya bakal membuka satu lagi peluang perniagaan bagi penternak-penternak ayam di seluruh Negara

 

Info lanjut sila Hubungi:  UiTM Kuala Krau

 

Alamat:      -

 

Tel:            -

 

Emel:          -

 

 

 

Produk:       MESIN PEMBAKAR SATAY                

 

Mesin pembakar satay yang mampu memanggang satay sehingga 800 cucuk dalam masa sejam. Setiap sesi memanggang satay adalah dalam tempoh  5 minit

 

Info lanjut sila Hubungi:    MARDI

 

Alamat:   -

 

Tel:          -

 

Emel:        -

 

 

 

Produk:      PEMOTONGAN V-GROOVING

                                   

Permintaan buluh daripada industri perkayuan untuk menggantikan kayu mendorong sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta kaedah pemotongan buluh secara V-Grooving. Teknologi itu yang merupakan pertama kali diperkenalkan di dunia merupakan kaedah baru pemotongan bagi meratakan permukaan buluh untuk dijadikan pelbagai bahan lain seperti papan, lantai dan pengganti bahan industri yang berasaskan kayu. “V-Grooving memotong alur berbentuk V di sebelah luar batang buluh menggunakan mesin khas. Setiap alur akan mempunyai “grooving cease” setinggi 1 mm bagi mengekalkan segmen buluh sentiasa bersambung dan bertindak sebagai engsel semasa diratakan.

 

Info lanjut sila Hubungi:   Prof. Madya Dr. Edi Suhaimi Bakar

 

Alamat:    Fakulti Perhutanan UPM                                         

 

Tel:     -

      

Emel:        -