PRODUK INOVATIF


10 Produk Inovatif

(Sumber: http://hairilhazlan.com/2012/02/02/10-idea-inovasi-anak-muda-malaysia/, http://www.desainic.com/10-ide-inovatif-desain-produk-keren/ )

 

 

 

Produk :  Bijak Sifir   

 

Diskripsi:         

 

Kaedah teknik menguasai asas sifir didalam program Bijak Sifir Alif telah sedikit sebanyak membantu pelajar muda supaya berminat dalam matapelajaran matematik dan sains. Bijak Sifir Alif disusun dengan modul yang mudah merangkumi teknik menguasai sifir melalui pola dan nyanyian serta penyelesaian operasi mendarab dan bahagi teknik “bina dan capai”

 

Pengeluar En. Abd. Rahim Bin Adb. Samad 

 

 

 

Produk :  Biological Mosquito Control (BiMoC)    

     

Diskripsi:         

 

Berfungsi untuk mengawal dan menghapuskan pembiakan nyamuk dari peringkat telur dan jentik-jentik terutamanya nyamuk aedes di dalam rumah dan persekitaran komuniti dan agensi-agensi kerajaan atau swasta.

 

Pengeluar Kumpulan pelajar SK Putrajaya Presint II

 

 

 

 

 

Produk :  Penghasilan Biotanol daripada Ubikayu

 

Diskripsi:         

 

Kanji yang diekstrak daripada ubi kayu dihidrolisis dengan enzim untuk ditukarkan menjadi glukosa. Glukosa tersebut ditukar menjadi etanol melalui proses penapaian menggunakan yis Sacharomyces cerevisiae. Bioetanol yang terhasil daripada proses ini akan melalui proses penyulingan untuk mendapatkan etanol yang tulen. Bioethanol yang dihasilkan akan diubah komposisinya untuk menjadikan ia sesuai. Sebagai kegunaan minyak kereta. Bioetanol adalah salah satu bahan bakar biologi yang boleh diperbaharui dan mempunyai kehendak yang tinggi terutamanya di Negara Asia.

Pengeluar Pereka Muda Ku Syahidah Ku Ismail

 

 

Produk :  Automatic Circuit Breaker (ACB) For Low Voltage Substation Distribution System

 

Diskripsi:         

 

Berpotensi memperbaiki pengagihan voltan rendah melalui kaedah penukaran fius penyalur dalam sub-stesen pengagih voltan rendah. la mempunyai keupayaan untuk mengesan arus elektrik yang melebihi takat yang ditetapkan dan secara automatik akan memutuskan talian elektrik tersebut. Setelah beberapa minit, sambungan fius akan disambung semula secara automatik. Sekiranya tiada masalah timbul, arus elektrik akan mengalir secara biasa. Akan tetapi jikalau masalah lebihan arus elektrik masih kekal sambungan akan diputuskan semula oleh ACB. Penggunaan ACB ini merupakan ciri keselamatan yang mampu mengelakkan kejadian Iitar pintas dan memastikan barangan elektrik kita tidak  rosak akibat daripada penyaluran voltan yang terlampau tinggi.

 

Pengeluar En. Mohd Rhedwansyah Bin Salinri

 

 

 

 

Produk :  Automatic Retractable Cloth Drying Stand (Arcs)   

     

Diskripsi:         

 

Penggunaan peralatan ini akan dapat mengelakkan pakaian yang telah dicuci menjadi basah kerana mempunyai keupayaan untuk berlipat dan melindungi (shade) pakaian yang digantung bila hujan. Sensor yang ada pada peralatan ini dapat mengesan hujan dan scissor hanger akan menarik ke dalam secara automatik ke bahagian yang dilindungi (shaded part). Langsir penggelek (roller curtain) akan dibuka dan diperluaskan (extended) secara automatik untuk menutup bahagian hadapan bagi tujuan melindungi pakaian yang digantung daripada hujan.

 

Pengeluar Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph, Kuching, Sarawak

 

 

 

 


Produk :  Asemo Green Wash  “Mobile Waterless Car Wash”

 

Diskripsi:         

 

Mesin pencucian kenderaan berkonsep bergerak. Peralatan yang digunakan adalah 100% mesra alam dan dapat menjimatkan penggunaan air pada tahap maksimum. Mampu menyediakan perkhidmatan yang maksimum kepada pelanggan, memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan produk mesra alam, sangat selamat dan berkesan. Perkhidmatan yang dapat diberikan adalah mencuci bahagian luaran kenderaan dan mengilat bahagian luar dan dalam kenderaan.Kereta akan di sembur dengan menggunakan “N.E.K.A- Waterless Car Wash”. Penggunaan water jet yang diubahsuai dengan hanya menggunakan 3 liter air sahaja bagi sebuah kereta. Kereta akan terus di lap dengan menggunakan kain dari jenis “Microfiber” pada badan kereta, rim dan tayar kereta. Kereta akan dipolish dengan dengan menggunakan “N.E.K.A-liquid Car Polish” pada akhir pencucian .

 Pengeluar Pn. Rahayu Tasnim                                          

 


Produk :  Adjustable Wheel Chair

 

Diskripsi:         

 

Adjustable Wheel Chair adalah untuk memudahkan pesakit yang kurang upaya untuk bergerak dengan mudah. la mempunyai ciri seperti boleh berubah dari kerusi menjadi katil supaya pesakit tidak perlu bergerak terlalu banyak ketika ingin tidur atau bergerak ke tempat lain. Kerusi roda ini juga mampu menampung berat badan pesakit sehingga 150kg. Kerusi roda ini boleh dilipat dan disimpan, boleh diubahsuai menjadi katil, penyandar dan alas kaki juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan pesakit. Kebaikan inovasi ini ialah lebih fleksibel dan banyak membantu pesakit dalam aktiviti harian. Produk ini sangat berpotensi untuk dipasarkan kerana sesuai untuk pesakit yang kurang upaya dan warga tua.

 

Pengeluar Mohd Khairuddin Bin Haji Ali Musa

 

 


Produk :  Bluetooth Earpiece    

     

Diskripsi:         

 

Bluetooth ini memiliki dua warna yang berbeza dari punat on/off iaitu hijau dan oren. Anda boleh mendengar musik wireless dari notebook @ telefon bimbit.

 

Pengeluar Sony Vaio

 

 

 

Produk :  Finger Reader

 

Diskripsi:         

 

Produk yang inovati sangat bermanfaat untuk orang yang tidak boleh melihat. Produk ini dapat membaca barcode dengan jari tangan yang dihubungkan oleh sebuah earphone yang dapat memberitahu barang yang ada di barcode tersebut.

 

Pengeluar Hansub Lee 

 

 

 

Produk :  Pengecas Fotosintesis    

     

Diskripsi:     

 

Pengecas sel suria untuk telefon bombit berbentuk pohon dengan usb. Dengan adanya 54 sel solar atau sel photovoltaic ini akan menyimpan tenaga dalam bateri. Semua kabel terpasang dan tersembunyi di bawah pohon. Panel solar adalah sebuah alat yang dapat mengubah sinar matahri menjadi elektrik melalui proses aliran-aliran electron negative dan positif didalm sel modul.

 

Pengeluar Vivien Muller